Pages
Saturday, 9 March 2013
Dunhill oh Dunhill
Dunhill Sekotak - RM 10.20 Sehari - RM 10.20 ( boleh makan kfc satu set ) Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki ) Sebulan - RM 306.00 ( boleh bayar duit kereta viva 9 tahun ) Setahun - RM 3723.00 ( boleh bayar duit insuran nyawa ) 5 tahun - RM 18615.00 ( boleh pergi umrah ) 10 tahun - RM 37230.00 ( boleh buat duit muka rumah ) 20 tahun - RM 74460.00 ( boleh nikah 4 ) Ni belum kira 3 kotak sehari....
:: Kalo fikir balikkan memang ade betol juga kan....
hrmmm....sayang duit...oii.....
Sunday, 3 March 2013
Tips Memikat Perempuan
Untuk memikat hati dan cinta perempuan untuk dijadikan teman pasangan hidup yang sah memerlukan tips memikat perempuan yang hebat. Di internet ramai yang search tips memikat perempuan ini. Rata-rata lelaki ingin mencari kaedah dan cara yang berkesan untuk memikat cinta dan hati perempuan idaman.
Cara yang paling tepat untuk memikat perempuan ini adalah dengan membulatkan hati dan niat pada Nya. Dengan tujuan yang baik doakan dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan moga dipertemukan dengan perempuan yang terbaik dan sesuai untuk kita. Inilah tips memikat perempuan yang paling ampuh sebenarnya. Mohon bantuan dari Tuhan tunjukkan jalan-jalan usaha kita untuk dilakukan untuk memikat perempuan untuk dijadikan isteri yang sah.
Selain itu, usaha lain ini boleh dilakukan dan diusahakan lelaki untuk memikat perempuan. Ini boleh dikatakan sebagai cara memikat perempuan dengan mudah. Apabila anda boleh menepati hati dan kehendak perempuan yang ingin dipikat maka usaha memikat perempuan menjadi mudah, senang dan berkesan.
Berikut tips memikat perempuan yang boleh dilakukan oleh lelaki
* Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka.
* Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar .
* Berkongsilah masalah dan bertukar pendapat dengan si dia.
* Jangan kamu menganggap perkara yang dia rasa penting sebagai perkara remeh. ambil tahu tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran,ulang tahun perkenalan kalian dan apa saja yang penting dalam hidup mereka
* Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi.
* Tenangkan mereka jika mereka berada dalam kesusahan dan kesakitan
* Pujilah mereka jika mereka layak mendapat pujian atas apa yang mereka lakukan
* Jika ada masalah berbincanglah dengan baik dan tidak mengguris hati mereka
* Jangan buat sebarang keputusan dengan kuasa kamu sebagai seorang lelaki dan ketua kononnya.
* Mereka juga ada sedikit ego bila kemahuan tidak dituruti. Belajarlah fahami sikap mereka.
Ikutilah satu persatu tips memikat perempuan di atas, moga ANDA dapat memikat perempuan, wanita, gadis, janda idaman anda untuk tujuan yang baik dan diredhai.
Salah satu cara mudah memikat perempuan yang sangat hebat dan berkesan. Ianya menggunakan teknologi makmal saintis Russia mengenai kekuatan memikat dari Pheromones. Wangian Pheromones ini digunakan secara meluas di Barat dalam usaha, cara dan tips memikat perempuan.
Boleh ker??.....
Saturday, 16 February 2013
Busy @ Sibuk
Sejak dah masuk alam pekerjaan.....banyak yang perlu di pelajari....hoooo....smpai my blog pon terabai jappp....ooohhh cian sssiiiooottt......to me haaaa........tak tau nak entri aper hari ni....
Jadi jum layan aper entri yang ada k.....
hooooo...
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"
::sekadar lawak hoooo.....
Friday, 25 January 2013
Cari Pengalaman Kerja
Hrmm....pada 7 Januari 2013 bermulanya era ke alam pekerjaan walaupon ia bukan bidang yang di ambik bidang IT la....tp ia amatlah memuaskan dan menyeronokkan sebagai Promoter kasut Fabi & Evokers Shoes Department kat Wisma Sanyan aka Parkson Sibu Sarawak....
best juga jadi promoter pelbagai karenah pelangan yang datang tiba cuba pelbagai rekaan kasut......paling x best bila ada pelangan yang nak cuba semua kasut pastue xbeli mak aiii...gerammm....dah kite lelah mencari turun naik turun naik ke stor gara2x cari kasut tp ia berbaloi la seronok juga....ada juga pengalaman jugakan...pengalaman penting untuk lebih matang dalam era pekerjaan...haaaa....
Friday, 18 January 2013
You Got a Mail
Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik
berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah. Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya. Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya,
"Apakah ada masalah?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada!
Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."
Kisah si A dan si B
Tersebutlah kisah dua orang hantu.Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritan dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk?
Kalau kau check k wahai pembaca.....
Zorro vs Robin Hood
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. ia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... "I AM SORRY... .!!"
Saturday, 5 January 2013
Persoalanya ialah..
Berdasarkan gambar di atas apakah pandangan anda terhadap situasi diatas?
Adakah kita perlu akan semua pekara diatas?
Adakah ia untuk memenuhi keperluan,kehendak ataupun keinginan kita?mahupun kepuasan kita sendiri terhadap sesuatu yang baru? atau pun kita mesti mengikut trend masa kini?perlukah kita mendapatkan sesuatu yang mahal untuk memenuhi keinginan diri?persaingan mendapatkan sesuatu yang baru adalah tonggak utama untuk terus maju?
banyak persoalan yang terlintas jika kita berfikir secara rasional.
berjimatlah dari sekarang....cukuplah apa yang kita miliki...
Friday, 4 January 2013
Tafsir Diri melalui Tarikh Lahir
Tafsiran personaliti dan potensi diri melalui tarikh lahir ini adalah dibuat berdasarkan kepada ilmu Sains Metafizik dan pengiraannya agak tepat. Walau bagaimanapon, ianya TIDAK SESUAI dijadikan sebagai suatu pegangan / kepercayaan hidup untuk digunakan bagi meramal masa depan anda.Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah satu usaha (ikhtiar) dalam mengenali diri ke arah menjadikan diri kita makhlukNYA yang lebih baik.
TARIKH LAHIR kita menerangkan :
1. Siapa kita?
2. Apakah kelebihan kita?
3. Apakah kebolehan kita?
Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui NOMBOR LAHIR kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 1 – KETULENAN)
Contoh 2:
-------------
30 Oktober 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Jadi NOMBOR LAHIR anda ialah 6 (ROMANTIK)
Gunakan kiraan ini untuk kenali Rahsia Potensi Diri kita dan orang-orang disekeliling kita.
Maksud NOMBOR LAHIR adalah seperti berikut.
1 ; KETULENAN / KETUANAN ( Elemen Besi )
- Berfikiran positif
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
– Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
– Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
- Berfikirlah secara terbuka.
2 ; PENDAMAI - Kelebihan pada Suara ( Elemen Air )
- Dilahirkan sebagai diplomat.
– Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
– Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
– Mereka tidak suka bersendirian dan amat senang untuk bekerjasama.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
- Sukar membuat keputusan apabila ada diberi pilihan.
3 ; CERIA - Komuniti ( Elemen Api )
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
– Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
– Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
- Mereka mempunyai keinginan yang kuat.
4 ; KONSERVATIF - Perancang ( Elemen Kayu )
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
– Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin serta bertanggungjawap.
– Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
– Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
– Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
– Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5 ; PERINTIS - Peluang ( Elemen Tanah )
- Mereka adalah perintis, pandai amik / cipta peluang.
– Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
– Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
– Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
– Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Mereka "impulsif" - boleh buat kerja 'last minit'
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6 ; ROMANTIK - Rezeki ( Elemen Besi )
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
– Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. (suka duduk rumah)
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
– Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
– Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
– Mereka suka seni musik.
– Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7 ; INTELEKTUAL - Pengaruh ( Elemen Air )
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. (pendendam)
– Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
– Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
– Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
– Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
– Mereka sangat suka berahsia.
- Mereka ada 'Dejavu' dan ada 'instint' yang kuat.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8 ; PENYELESAIAN - Tindakan ( Elemen Api )
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah, baik hati suka kebajikan.
– Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
– Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
– Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
– Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Mereka boleh menerima tekanan memberi tekanan kpd orang lain.
- Mereka merupakan golongan istimewa; mempunyai Deria ke 6
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9 ; PELAKON - Berfikiran Besar / Kejayaan ( Elemen Kayu )
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
– Mereka sangat penyayang dan pemurah.
– Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
– Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
– Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
– Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
**Semoga dengan perkongsian ini akan mudahkan anda mengenali Potensi Diri yang sebenar dan seterusnya memperbaiki kekurangan yang ada serta mengilap Bakat / Potensi / Kehebatan diri anda Tapi jangan la anda percaya la.....ini cuma berdasarkan pskologi manusia saje.
Nilai Potensi Diri
90% manusia susah nak ubah apa yang ada dalam kiraan ini kecuali kalau mereka betul-betul berusaha. Maka manusia yang cuba mengenali dirinya adalah lebih baik daripada sebaliknya. Dengan mengenali potensi diri, anda mempunyai peluang lebih tinggi menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi HEBAT dan bersedia sepenuhnya untuk menggapai dan mengecapi KEJAYAAN.
Jika tafsiran ini secara kebetulan :
- BETUL menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, janganlah riak, SEBALIKNYA mantapkan/gilaplah lagi.
- BETUL menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda pula, janganlah berasa kecewa SEBALIKNYA hindari/perbaikilah.
- SALAH menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh memilikinya.
- SALAH menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh menghindarinya.
**bermula la nilai diri sebelum kita mengekritik @ menilai orang lain kerana personaliti kita berlainan lain luar lain la dalam ia kan...hoo.....
Thursday, 3 January 2013
13 sebab Senyum
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Kalau saya senyum
Kamu mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau kita senyum
Dunia tiada penyakit…
Itu lah antara bait-bait lirik nanyian Najwa dan Malique yang sangat memberi erti kalau dihayati…Jadi apalah salahnya kalau kita menguntum senyum kepada insan-insan disekeliling kita…senang hati kalau melihat orang lain juga sama-sama tersenyum
Jadi, mengapa kita perlu senyum?:
1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.
2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.
3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?
4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.
5. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.
6. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.
7. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.
8. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.
9. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.
10. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.
11. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.
12. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.
13. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut
Jenis Senyum Manusia
Senyuman boleh membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.
Jenis-jenis senyum:
Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.
Senyuman juga punyai banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial.
Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman di mana ianya dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manafaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorangg yang tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan mendapat manafaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit. Ini adalah kerana semasa ketawa dan tersenyum, kadar tekanan darah dan dengupan jantung akan meningkat.
Duit oh Duit
Inilah yang pernah aku kumpul mase duit Ringgit Malaysia baru di keluarkan haaa.....time gila gila remaja la katakan....pntang melihat duit baru...mti nak simpan....duit lama di pakai buat belanje...alahai..kan duit lama lebih unik lagi....dari duit baru hooo.....
Bawah ni kita bandingkan la Duit lama VS Duit baru..
Revolusi Ringgit Malaysia (pertukaran pada zaman aku ler)
**Jangan la jadi mata duitan...or mata kita buta kerana duit k...duit bukan segalanya tp segalanya untuk duit kalo nak berjaya dalam hidup sekarang...kan kan......
yang lain akan menyusul kemudian k...
Wednesday, 2 January 2013
Jom Kembali Ke Sekolah
Selamat pagi cikgu.....haaa...hari ni dah mula geng bus sekolah kembali ke sekolah tempat perang ilmu....hooo....bila fikirkan balik memang best la teringat time masuk sekolah buat pertama kali nya,dengan telatah anak muda generasi baru..hooo....lebih lagi budak tadika memang comel2x semua hikhik....ngan baju sekolah bawa beg besar bnyak buku pula tue...jngan lupa bekal...botol air terikan utama haa...wajip pkai sesuatu yang mengeboom kan dari rakan yang lain....haha...bersaing la sangat..semua nak bergaya....haaa....
time awal bangun pagi bnyak alasan...bile sampai di sekolah bnyak karenah....bila balik memang x ingat dunia....haaa....ingat katil...makan...tido...main.....adooyyaiii....main waktu petang la best...kan kan kan.....
Lemah..bila balik sekolah hahaa.....macam3x alasan untuk esok....sekarang cuma kenangan jer...nak ke sekolah...
**adik adik belajar rajin tau.....walaupon cikgu marah tapi dia tetap sayng anak murid dia untuk melihat anak murid dia berjaya....Gud luck ya....2013....
Tuesday, 1 January 2013
New Life 2013
haha.....sekarang dah masuk tahun baru 2013 iaitu tahun Ular kalau ikut kalender Cina la kan.....xtau la feng sui ok ker tak tahun ni......tahun ni juga la nak cari kerja....work...work...work......hooo....sudah tiba masa nya aku menangung mengalas membalas budi kedua ibu bpa aku ler....kalo bukan aku siapa lagi la kan.....moga3x pada tahun ini 2013 akan memberikan satu kehidupan baru bagi kami sekeluarga...cukup memadai jikalau keua ibubapa aku senang dengan apa yang bakal aku dpat nanti....
DAN..!!!!
aku telah mepunyai 2 pasang ikan guppy...yahooo..!!!..tercapai juga hasrat nak bela....huuuu..sejuk mata memandang ikan tue harap3x beranak la..then cerewet betol ikan ni mcm ada perasaan tp syookk...bela huuu.....
**entri x banyak hari ini.....sob sob.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
















